Rancangan Pengajaran Harian



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran             :           Matematik Tahun Dua

Tajuk                            :           Ruang

Masa                            :           60 minit

Standard Pembelajaran            :           13.1 (i) (ii)

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
    1.     mengenalpasti tiga daripada lima bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian dengan betul; dan
    2.     mengenalpasti dan mewarna gambar bentuk tiga dimensi dalam sekumpulan gambar.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Murid Arus Perdana
    1.     Murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang dipaparkan.
    2.    Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 3D: Kubus, Kuboid, Piramid, Silinder dan kon.
    3.     Murid menunjukkan bentuk-bentuk 3D berpandukan objek
   a)     kubus: kotak hadiah .
   b)     kuboid:kotak pensil .
   c)     piramid: piramid.
   d)     silinder: botol air
   e)     kon: ais krim.
   4 .    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
   5.    Murid mewarna bentuk-bentuk 3D dari sekumpulan gambar berpandukan arahan guru.
   6.     Guru membincangkan hasil kerja murid.

Murid LINUS (Numerasi)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengenal dan menamakan dua bentuk 3D: kubus dan kuboid.
   1.     Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bentuk 3D
   2.     Guru mengedarkan satu objek 3D,
   3.     Murid mengenalpasti bentuk 3D dan memadankan bentuk dengan gambar .
   4.     Ulangi langkah tadi dengan objek yang berbeza bagi bentuk 3D yang lain.
   5.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
   6.    Murid mewarna bentuk-bentuk 3D dari sekumpulan gambar berpandukan arahan guru.
   7.     Guru membincangkan hasil kerja murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
      ·          Kreativiti (mengenalpasti ciri objek dengan tepat)

Bahan Bantu Belajar:
bentuk 3D,pensel warna, gambar dan lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui padanan bentuk 3D dan lembaran kerja.

Refleksi:
10 daripada 13 murid arus perdana berjaya mengenalpasti tiga daripada lima bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian dengan betul; dan mewarna bentuk tiga dimensi daripada sekumpulan gambar. 5 murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

2 daripada 3 murid LINUS berjaya memadan dan mewarna dua bentuk 3D.  Murid yang belum menguasai akan dibimbing melalui aktiviti pemulihan.

6 comments: